Tentang Kami

Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) adalah tentang “Inovasi Inklusif” iaitu “Inovasi yang menyasarkan khalayak” dan “Inovasi daripada golongan akar umbi”. Objektif Program Inovasi Inklusif (HIP6) ialah untuk memupuk, mengenal pasti, memilih, menerima pakai, menambah nilai, membangunkan dan sentiasa memastikan Inovasi Inklusif dapat merapatkan jurang perbezaan di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan akses ke keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan sumber kewangan. Golongan sasaran kami antara lain ialah mereka yang terpinggir terutamanya bagi mereka yang pendapatan rendah.